Promosi ini tidak tersedia untuk pelanggan ICM Capital Limited UK atau ICM Eropah. Promosi ini hanya tersedia untuk pelanggan yang membuka akaun Live bersama ICM Capital Limited (MU) dan ICM Capital Limited (VC). Promosi ini hanya tersedia pada platform MT4 sahaja.
Untuk mengambil bahagian dalam Promosi Bonus 10% "Kredit kepada Tunai" Berterusan, anda bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat ini serta syarat umum yang terpakai bagi akaun anda.
Deposit | 10% BONUS KREDIT | LOT UNTUK DIPERDAGANGKAN | GANJARAN TUNAI |
---|---|---|---|
USD 1,000 | USD 100 | 20 | USD 100 |
USD 2,000 | USD 200 | 40 | USD 200 |
USD 3,000 | USD 300 | 60 | USD 300 |
USD 4,000 | USD 400 | 80 | USD 400 |
USD 5,000 | USD 500 | 100 | USD 500 |
USD 10,000 | USD 1,000 | 200 | USD 1,000 |
USD 10,000 dan ke atas | USD 1,000 | 200 | USD 1,000 |
Formula: Bonus kredit / 5 = lot untuk diperdagangkan
Terma dan Syarat
Kelewatan Komunikasi
ICM tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan penerimaan atau penghantaran pesanan disebabkan kerosakan atau kegagalan kemudahan penghantaran atau komunikasi atau di atas sebab-sebab lain di luar kawalan atau jangkaan kami.
Ketidakpuasan Hati
Dalam kes-kes salah laku dalam perdagangan, leverage melampau, penyalahgunaan pesanan di mana "scalping" atau "sniping" atau "lindung nilai" mungkin terlibat, transaksi tersebut tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap sebagai aktiviti haram dan boleh dikeluarkan daripada akaun peserta. ICM berhak untuk membuang kelayakan mana-mana peserta atau membatalkan perdagangan yang didapati melanggar peraturan perdagangan atau menerapkan strategi perdagangan yang tidak sesuai. Scalping didefinisikan sebagai perdagangan yang dibuka dan ditutup dalam jangka masa yang sangat singkat. Sniping didefinisikan sebagai apabila pelanggan berdagang dengan harga tertunda atau "harga tersangkut" di platform ICM. Lindung nilai bermaksud pelanggan terlalu banyak mendedahkan akaunnya kepada perdagangan yang berlawanan dengan perdagangan yang ada dengan jumlah perdagangan yang sama dengan ICM atau syarikat lain untuk menyalahgunakan bonus kredit pada akaun tersebut. Dalam kes sedemikian, ICM berhak untuk membatalkan perdagangan, keuntungan atau kerugian dan menutup akaun.
Penangguhan atau Pembatalan
ICM mengikut budi bicara mutlaknya, berhak untuk memperpanjangkan atau menangguhkan tempoh promosi, untuk membatalkan promosi dan/atau tidak menerima permohonan mana-mana peserta sekiranya ditentukan bahawa tindakan tersebut wajar dan/atau perlu. Bonus kredit akan dilucutkan dan dikeluarkan daripada akaun dalam keadaan berikut:
Sekiranya ekuiti jatuh di bawah 0%, bonus kredit akan digunakan untuk menyesuaikan baki kepada sifar.
Terma Promosi
ICM berhak untuk mengubah atau mengabaikan mana-mana peraturan semasa dan selepas promosi ini. Kami mungkin akan membuat perubahan kepada Terma dan Syarat dan akan memaklumkan kepada anda mengenai perubahan ini dengan menyiarkan syarat yang diubah di laman web ICM.
CFD dan FX Spot adalah produk leverage. Berdagang CFD atau FX Spot membawa risiko yang tinggi terhadap modal anda dan boleh mengakibatkan kerugian melebihi nilai deposit anda. Anda tidak boleh terlibat dalam bentuk pelaburan ini melainkan anda memahami sifat urus niaga yang anda buat dan sejauh mana pendedahan anda terhadap risiko kerugian. Untung dan rugi anda akan berbeza-beza mengikut sejauh mana turun naiknya harga pasaran yang mendasari perdagangan tersebut.
Sila klik di sini untuk terma dan syarat perdagangan penuh.
Syarat-syarat ini bertarikh 11 Jun 2017.