Profil ICM.com

Siapa Kami?

Kami bermula di London, hab kewangan dunia dan kami telah berkembang menjadi broker global dikawal selia yang menawarkan akses kepada pelbagai produk perdagangan termasuk: mata wang, saham, komoditi dan indeks untuk pelanggan runcit dan institusi, pengurus aset, pengurus dana, pengurus dana lindung nilai serta memperkenalkan broker (IB).

Apa yang membezakan kami dengan pesaing ialah langkah pendekatan kami. Kami menguruskan segala ketidakpastian dengan telus. Seseorang pedagang mungkin tidak selalu dapat meramalkan arah pasaran tetapi mereka dapat bergantung kepada perkhidmatan dan integriti kami. Ini adalah komitmen kami.




Rumah Pelaburan Anda - Kisah Kami

Jenama ICM ditubuhkan pada bulan Disember 2009 di London, United Kingdom. Sejak awal lagi, pasukan pengurusan kanan ICM bertekad untuk memastikan taraf yang tinggi dipelihara, dan pengawalseliaan diterapkan dengan ketat, yang menjadi faktor utama pertumbuhan pesat syarikat kami. Sepanjang sepuluh tahun yang lalu, ICM telah membuka lebih daripada 20 pejabat di Eropah, Timur Tengah, Afrika, Asia dan Amerika Latin.

Pelanggan boleh berasa yakin dengan pelaburan melalui ICM.com bukan hanya kerana kami menawarkan keadaan perdagangan yang baik, spread yang rendah, pelaksanaan dan fleksibiliti yang pantas namun juga kerana kami bersikap telus dengan perniagaan kami. Kami memegang tonggak untuk melayan pelanggan dengan adil sepanjang interaksi kami dengan pelanggan kami. Kami melihat produk kami lebih daripada sekadar sebuah platform perdagangan untuk anda mengakses pasaran antarabangsa, ianya juga merupakan perkhidmatan yang kami banggakan dan kami berhasrat agar perjalanan anda menjadi positif, di mana kami memberikan khidmat kami dengan penuh kecekapan, kejelasan dan pemahaman.

Model ECN ICM menggabungkan teknologi canggih dengan kecairan yang tinggi bagi memberi peluang kepada pelanggan kami untuk memperdagangkan pelbagai produk kewangan. Di ICM, kami mengikuti amalan terbaik industri dan mengekalkan standard tadbir urus, kepatuhan dan konsistensi yang tinggi. Kami mengambil langkah di luar jangkauan untuk memastikan perlindungan pelanggan dan keselamatan dana mereka, melalui pelbagai peraturan dan pemisahan dana pelanggan dengan institusi kewangan yang dinilai tinggi dan terjamin.

Kami menggelar ICM, "Rumah Pelaburan Anda", kerana ini adalah tempat di mana kami akan menampung anda. Harapan kami ialah melalui pengalaman anda bersama kami, rumah ini menjadi alat sehenti anda untuk bekerja dengan pasaran dan melalui kemudahan dan keunikan kami, anda akan memilih untuk menjadikannya rumah anda.

Kata-kata Pengasas

Kami sentiasa mempunyai hala tuju yang jelas mengenai apa yang ingin kami capai. Misi terbesar kami ketika kami menubuhkan ICM adalah membina pasukan yang kuat yang akan mendorong kejayaan syarikat dengan bersemangat. Dalam tempoh sepuluh tahun kerja keras dan komitmen yang tulen, pasukan ICM berjaya mewujudkan persekitaran perdagangan yang optimum untuk semua orang di seluruh dunia.

Kami percaya bahawa membina jambatan antara prestasi dan integriti adalah tanggungjawab utama kami. Kami melihat cabaran sebagai peluang untuk kami lakukan dengan cemerlang dan untuk kami sentiasa memperbaiki dan menjadi lebih baik, memastikan bahawa kami dapat mempelbagaikan dengan menambahkan pelbagai ciri-ciri dan peraturan keselamatan kepada produk kami. Sekarang kami telah berada di banyak wilayah, kami berusaha untuk memastikan bahawa kami dapat memahami perbezaan budaya dan mentaliti agar kami dapat memberikan layanan yang terbaik kepada pelanggan kami di seluruh dunia.

Shoaib Abedi
Pengasas bersama ICM Holding SARL

    CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
    Baca selanjutnya
    E-mel Hubungi Chat Whatsapp