Akaun

Akaun Demo 

Bagaimana untuk saya membuka akaun ICM?

Anda boleh membuka akaun Demo ICM dengan mendaftar untuk akaun.

Setelah melengkapkan pendaftaran, anda akan mempunyai pilihan untuk membuka akaun demo.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak menerima butiran log masuk demo MT4 saya?

Kami menghantar butiran log masuk dan kata laluan akaun demo MT4 anda ke alamat e-mel yang anda berikan pada borang permohonan anda.

Sekiranya anda tidak menerima e-mel setelah melengkapkan borang pendaftaran, sila periksa folder spam (junk mail) anda.

Sekiranya anda tidak dapat menjumpainya pada folder spam anda, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami.

Adakah akaun demo saya akan tamat?

Oleh kerana keselamatan dan kemas kini sistem berterusan, akaun demo di MT4 akan tamat selepas 30 hari dari tarikh penciptaan. Walaupun begitu, akaun demo baru dapat dibuka terus melalui ICM Access anda kemudian tambahkan akaun demo baru.

Sebagai alternatif, akaun demo baru boleh dibuka terus dari platform perdagangan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Buka Platform MT4
  • Pilih Fail - Buka Akaun MT4
  • Pilih pelayan sebagai ICMCapitalUK -Demo → Akaun demo baru
  • Masukkan semua butiran dan "Accept" untuk melanggan buletin.

Ketahuilah bahawa jika maklumat peribadi yang anda berikan tidak tepat atau tidak lengkap, akaun demo anda mungkin akan dihapuskan.

Bolehkah saya melihat sejarah perdagangan penuh saya di akaun demo saya?

Pada akaun Demo MT4, anda dapat melihat sejarah perdagangan anda di Platform MT4 anda, dengan memilih "Account History" di dalam tetingkap terminal.

Bagaimana untuk saya menukar leverage pada akaun demo saya?

Sekiranya anda ingin mengubah leverage akaun untuk semua jenis akaun demo, kirimkan permintaan anda ke pasukan khidmat pelanggan dengan menyatakan nombor akaun anda dan leverage yang anda mahukan. 

Bagaimanakah cara untuk saya menukar matawang akaun demo saya?

Kirimkan permintaan anda dengan menghantarkan e-mel kepada pasukan kami, dengan menyatakan nombor akaun anda dan matawang yang anda mahukan. ICM Capital menawarkan akaun MT4 dalam matawang berikut: GBP, USD, EUR dan PLZ.

Bagaimana untuk saya membiayai akaun demo saya?

Sekiranya anda ingin membiayai atau menambahkan dana ke akaun demo anda, hubungi pasukan khidmat pelanggan dengan menyatakan nombor akaun anda dan jumlah yang ingin anda tambahkan ke akaun anda.

Bagaimana untuk saya mengetahui jenis akaun demo yang saya miliki?

Sekiranya anda ingin mengetahui jenis akaun demo yang anda miliki, hubungi pasukan khidmat pelanggan dengan menyatakan nombor akaun demo anda.

Bagaimana untuk saya mengetahui pelayan mana yang perlu dipilih untuk log masuk ke akaun demo saya?

Anda perlu memilih pelayan yang betul untuk jenis akaun Demo anda.

Sekiranya anda tidak pasti pelayan mana yang harus anda gunakan, rujuk seperti berikut:

Demo: ICMCapitalUK-Demo

Live: ICMCapitalUK-Live

Apakah spread pada akaun Demo saya?

Spread pada akaun ICM Capital adalah spread berubah. Anda boleh menyemak semua spesifikasi produk dan kontrak kami serta senarai lengkap spread biasa kami pada halaman produk perdagangan.

Bolehkah saya menggunakan akaun Demo saya untuk menguji semula?

Ya, anda boleh menggunakan akaun demo MT4 anda untuk menguji strategi anda.

Berapakah kos untuk membuka akaun Demo?

Ianya percuma untuk membuka akaun demo dengan kami.

Mengapa akaun Demo saya dilumpuhkan?

Akaun demo anda akan luput selepas 30 hari, namun anda boleh membuka akaun demo lain melalui ICM Access atau terus daripada platform MT4.

Bolehkah saya menghapuskan perdagangan dari sejarah akaun Demo saya?

Tidak, anda tidak boleh menghapuskan aktiviti perdagangan yang lepas daripada akaun demo anda.

Bolehkah saya membuka akaun Demo dan akaun Live pada masa yang sama?

Kadang-kadang ianya berguna untuk menggunakan akaun Demo anda bagi menguji strategi yang berbeza sebelum menerapkannya ke dalam akaun Live anda. Itulah sebabnya anda boleh mempunyai akaun Live dan Demo pada masa yang sama.

Adakah perdagangan berbeza pada akaun demo dan live?

Akaun Demo MT4 kami menunjukkan persekitaran yang sama dengan akaun Live dari segi kemaskini harga, fungsi dan ciri-ciri.

Namun begitu, perlu diketahui bahawa semua pelayan akaun Demo kami mungkin menunjukkan perbezaan daripada persekitaran akaun Live dari semasa ke semasa.

Akaun Live

Bagaimana untuk saya menukar leverage pada akaun Live saya?

Anda boleh mengubah leverage dengan mengirimkan permintaan anda kepada pasukan khidmat pelanggan kami. Sila ambil perhatian, kami hanya menawarkan akaun diklasifikasikan profesional Elektif dan leveraj maksimum yang boleh kami sediakan ialah 1:200 pada Major Forex.

Berapakah leverage maksimum yang saya boleh dapat pada akaun Live saya?

Leveraj maksimum yang boleh kami sediakan ialah 1:200 pada forex utama.

Untuk maklumat lanjut mengenai kriteria profesional elektif, sila rujuk halaman Profesional Elektif kami. 

Adakah leverage telah ditetapkan pada akaun Live saya?

Leverage yang dikenakan kepada semua akaun Live adalah 1:200 pada pasangan Mata Wang Utama. 

Adakah anda membenarkan scalping pada MT4?

Ya. Anda dibenarkan untuk scalp pada semua instrumen. Kami tidak menyekat sebarang strategi perdagangan.

Apakah itu lindung nilai (hedging)? Bagaimana lindung nilai mempengaruhi keperluan margin saya?

Lindung nilai (Hedging) adalah apabila anda mempunyai kedudukan beli (long) dan jual (short) pada instrumen sama yang terbuka secara serentak. Sekiranya anda dilindung nilai sepenuhnya, anda akan mempunyai kedudukan long dan short dalam jumlah yang sama.

Memiliki kedudukan yang telah dilindung nilai sepenuhnya akan mengurangkan keperluan margin keseluruhan anda menjadi sifar.

ICM tidak mengenakan caj bagi margin tambahan pada kedudukan yang telah dilindungi sepenuhnya.

Adakah anda membenarkan lindung nilai (hedging) pada platform MT4?

Pada platform MT4, lindung nilai (hedging) dibenarkan.

Sekiranya saya lindung nilai (hedging) sepenuhnya akaun saya, adakah pelaburan akaun saya dilindungi daripada turun naik pasaran?

Tidak, disebabkan spread terapung, ia mempengaruhi pengiraan P/L. Penting untuk diperhatikan bahawa walaupun akaun yang dilindung nilai sepenuhnya mungkin akan mengalami kerugian disebabkan oleh kos peralihan, turun naik kadar pertukaran matawang atau spread yang besar. Kerugian seperti itu boleh mencetuskan Margin Call.

Spread apakah yang anda tawarkan pada akaun Live anda?

Kami menawarkan spread berubah, maklumat lebih lanjut mengenai spread boleh dilihat pada Spesifikasi Perdagangan.

Mengapakah spread kadang kala jauh lebih tinggi daripada spread biasa yang anda iklankan?

Kami menawarkan spread fleksibel kepada semua akaun.

Spread yang besar mencerminkan keadaan pasaran seperti peningkatan turun naik atau kekurangan aktiviti di dalam instrumen. Perubahan spread mencerminkan perubahan keadaan pasaran.

Adakah anda mengenakan komisen pada akaun Live?

ICM Capital menawarkan dua jenis akaun. ICM Direct, yang tidak mengenakan caj komisen kerana semuanya termasuk di dalam spread. Kami juga mempunyai ICM Zero, yang mengenakan caj $7 per lot pusingan dan spread yang bermula daripada 0 dengan pasangan EURUSD. Maklumat lebih lanjut boleh dilihat pada halaman Jenis Akaun

Adakah anda mengenakan caj swap (Rollover) pada akaun Live?

Kedudukan Forex dan logam berharga yang dibiarkan semalaman atau pada hujung minggu dikenakan caj swap. Kadar swap berbeza untuk posisi beli (Long) dan jual (Short) dan boleh dilihat pada setiap instrumen melalui platform MT4 pada "spesifikasi".

Adakah anda menawarkan akaun bebas swap?

Ya, ada. Kami menawarkan akaun bebas swap/akaun Islamik kepada pelanggan yang menganuti agama Islam. Sila hubungi pasukan khidmat pelanggan kami.

Adakah anda menjamin henti?

Tidak, tetapi kami akan selalu memberikan harga yang terbaik untuk anda mengikut keadaan pasaran ketika itu.

Bilakah waktu peralihan (Rollover)?

Waktu Peralihan Pasaran Harian ialah sekitar jam 22:00:00, waktu pelayan (waktu UK).

Sekiranya masih ada posisi terbuka selepas tengah malam Rabu, swap 3 hari akan dikira.

Adakah anda menawarkan Opsyen?

Pada masa ini, kami tidak menawarkan sebarang Opsyen. Kami sentiasa mengkaji penawaran produk kami.

Apa itu leverage?

Leverage adalah peminjaman wang untuk menambah dana dengan cara sehingga potensi keuntungan atau kerugian diperbesarkan. Leverage sangat penting bagi aktiviti perdagangan anda. Pemilihan leverage yang salah boleh mengakibatkan kerugian yang besar serta merosakkan potensi keuntungan.

Leverage pada akaun anda memainkan peranan yang penting dalam menentukan jumlah dana yang anda perlukan untuk perdagangan.

Dengan ICM Capital, kami membenarkan anda berdagang dengan leverage maksimum 1:200 pada deposit margin awal anda. Sebagai contoh, dengan 1:200 untuk deposit margin $1,000, anda dapat mengawal matawang bernilai $200,000.

Bagaimana untuk saya mendapatkan penyata akaun perdagangan saya?

Kami akan memberikan anda penyata rasmi mengenai aktiviti perdagangan pada akaun anda yang dinamakan pengesahan harian. Jenis laporan ini hanya dihasilkan semasa akaun aktif.

Berapakah kadar cukai yang perlu saya bayar?

Kami tidak dapat memberikan nasihat berkaitan dengan isu cukai. Sila dapatkan nasihat anggota kewangan bebas mengenai perkara ini.

Apakah leverage terapung?

Leverage terapung adalah sistem yang secara automatik menggunakan leverage yang lebih tinggi pada dagangan demi dagangan bergantung kepada jumlah perdagangan anda.

Leverage terapung ialah berdasarkan kedudukan terbuka semasa dan leverage akan menurun apabila ukuran kedudukan terbuka meningkat.

Di ICM Capital, kami tidak menawarkan leverage seperti ini. ICM Capital menawarkan leverage tetap maksimum 1:200.

Bagaimana untuk saya menukar kata laluan pada platform MT4?

Anda boleh menukar kata laluan utama pada platform MT4 anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pergi ke Tools->Options.

 

Langkah 2: Pilih tab pelayan dan klik pada "Change"

Langkah 3: Sahkan kata laluan utama anda di ruangan "Current password" kemudian tandakan "Change the master password".

Langkah 4: Masukkan kata laluan baru di ruangan "New password" dan "confirm".

Sebagai alternatif, log masuk ke dalam ICM Access untuk menukar kata laluan MT4 anda.

Apakah kata laluan pelabur dan bagaimana untuk saya membuatnya di platform MT4?

Kata laluan pelabur memberikan anda akses terhad untuk melihat kepada carta, melakukan analisis teknikal dan menguji Penasihat Pakar. Anda tidak boleh berdagang dengan kata laluan pelabur.

Ianya boleh dibuat dengan mudah pada platform anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

Langkah 1: Pergi ke Tools->Options

Langkah 2: Pilih tab pelayan dan klik pada "Change"

Langkah 3: Sahkan kata laluan utama anda di ruangan "Current password". Kemudian pilih "Change investor (read only) password".

Langkah 4: Masukkan kata laluan baru di ruangan "New password" dan "Confirm".

Saya terlupa kata laluan akaun dagangan saya. Apa perlu saya lakukan?

Untuk menetapkan semula Kata Laluan MT4 anda, anda boleh melakukannya dengan log masuk ke ICM Access anda dan mengikuti langkah penetapan semula.

Sebagai alternatif, anda boleh menetapkan semula kata laluan akaun dagangan anda dengan menghantar e-mel kepada pasukan khidmat pelanggan kami dengan memberikan maklumat berikut:

  • Nombor log masuk
  • Alamat penuh tempat tinggal
  • Tarikh lahir
Apa yang harus saya lakukan sekiranya saya kehilangan maklumat log masuk saya?

Sekiranya anda perlu mendapatkan butiran log masuk untuk akaun anda semula, sila hubungi pasukan khidmat pelanggan  kami dengan memberikan maklumat dibawah:

  • Nama akaun
  • Alamat e-mel berdaftar
  • Alamat penuh (termasuk poskod)
  • Tarikh lahir
Bagaimana untuk mengemas kini alamat kediaman, nombor telefon atau alamat e-mel saya yang didaftarkan untuk akaun Live saya?

Sekiranya anda ingin mengemas kini maklumat peribadi anda, sila hantarkan e-mel daripada alamat e-mel yang telah anda daftarkan kepada pasukan khidmat pelanggan, sahkan dan berikan butiran yang dikemas kini berikut:

  • Nombor log masuk
  • Nombor telefon lama
  • Nombor telefon baru
  • Alamat lama
  • Alamat baru

Sekiranya mengemas kini alamat kediaman, anda mesti menunjukkan bukti alamat terkini anda (cth. bil utiliti, penyata bank dan lain lain)

ICM Capital hanya akan melayan permintaan yang diterima dari alamat e-mel berdaftar.

Adakah anda akan menutup akaun Live saya jika ianya mempunyai baki akaun sifar?

Tidak. Anda tidak perlu untuk mengekalkan sebarang baki minimum untuk memastikan akaun anda tetap terbuka.

Bolehkah saya berdagang lot mikro?

Ya. Saiz perdagangan minimum yang kami tawarkan ialah lot mikro (0.01 lot).

ICM Direct / ICM Zero

Berapakah deposit minimum untuk akaun ICM?

Deposit minimum untuk akaun ICM ialah USD 200.00 atau nilai yang setara dalam mata wang lain.

Sekiranya saya membuat deposit awal sebanyak 200 USD, bolehkah deposit masa akan datang saya lebih rendah daripada 200 USD?

Tidak boleh. Semua deposit anda mestilah USD 200.00 atau nilai yang setara dengan mata wang lain.

Pasangan mata wang mana yang boleh saya dagangkan pada akaun ICM?

Pada akaun ICM anda, anda boleh berdagang dengan lebih daripada 32 pasangan matawang. Sila lihat pada halaman pasangan mata wang kami untuk senarai semua pasangan yang ada.

Bolehkah saya berdagang emas atau perak pada akaun ICM saya?

Ya. Kedua-dua emas dan perak spot tersedia untuk diperdagangkan di akaun ICM.

Berapakah saiz pesanan minimum untuk akaun ICM?

Saiz pesanan minimum untuk akaun ICM ialah 0.01 lot, atau 1,000 unit matawang asas.

Berapakah saiz pesanan maksimum untuk akaun ICM?

Di ICM, saiz pesanan maksimum ialah 500 lot dan berbeza-beza mengikut jenis produk yang dipilih, sila lihat di bawah:

Pasangan FX: Bilangan Lot Minimum dan Maksimum pada setiap perdagangan: 0.01 lot - 500 lot

Logam Berharga OTC: Bilangan Lot Minimum dan Maksimum bagi setiap perdagangan: 0.01 lot - 500 lot

Stok: Bilangan Lot Minimum dan Maksimum bagi setiap perdagangan: 0.01 lot - 500 lot

Tenaga: Bilangan Lot Minimum dan Maksimum bagi setiap perdagangan: 0.01 lot - 500 lot

CFD Tunai: Bilangan Lot Minimum dan Maksimum bagi setiap perdagangan: 1 lot - 500 lot

IPHONE

Bagaimana untuk memuat turun aplikasi Meta Trader 4 (MT4) pada peranti iPhone?

Anda boleh memuat turun aplikasi Meta Trader 4 (MT4) pada peranti iPhone yang disediakan oleh Meta Quotes Software Corp dari iTunes store.

Bagaimana untuk log masuk ke dalam akaun MT4 saya menggunakan aplikasi iPhone?

Sila tekan pada ikon MT4 pada peranti iPhone anda dan pilih "Settings".

Untuk log masuk ke dalam akaun perdagangan ICM Direct anda, pilih "Login with existing account":

Di kotak carian, sila taip "ICMCapitalUK" untuk memaparkan senarai pelayan ICM Capital yang tersedia:

Dari senarai pelayan yang tersedia, anda boleh memilih yang pelayan yang sesuai dengan akaun anda (Demo atau Real), ini akan membawa anda ke halaman log masuk:

Sekarang masukkan nombor log masuk akaun MT4 anda, kata laluan utama anda dan tekan "Done".

Bagaimana untuk membuat dagangan menggunakan aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Sila pergi ke tab "Quotes" dan tekan pada instrumen yang ingin anda dagangkan.

Tekan "Trade".

Anda kemudian akan diminta untuk menentukan jumlah dan jenis pelaksanaan yang anda inginkan, dan tekan pada "Next".

Sekiranya anda mahu, anda boleh menambah henti rugi atau ambil untung dan kemudian pilih "Buy" atau "Sell" yang sesuai.

Bagaimana untuk mengubah atau menutup perdagangan menggunakan aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Sila pergi ke tab "Trade" untuk melihat kedudukan terbuka anda dan kemudian tekan pada kedudukan terbuka untuk meluaskan dan menunjukkan perinciannya.

Setelah kotak muncul di bawah pesanan anda, tekan pada ruang itu (kotak) selama beberapa saat sehingga sebuah menu muncul (lihat pada gambar).

Kemudian tekan butang "Modify" untuk mengubah tahap henti rugi (S/L) atau ambil untung (T/P).

Sekarang masukkan atau ubah tahap S/L atau T/P dan kemudian tekan butang "Modify".

Bagaimana untuk log keluar daripada aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Sila pergi ke tab "Settings".

Kemudian tekan pada "Accounts".

Sekarang, tekan pada "Go offline".

Bagaimana untuk menambah pasangan matawang ke senarai instrumen di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Sila pergi ke tab "Quotes".

Untuk menambahkan simbol, tekan "+" di sudut kiri atas untuk membuka skrin di bawah. Kumpulan instrumen yang ada akan ditunjukkan di sini.

Pilih kumpulan yang ingin anda lihat instrumennya.

Sekarang tekan pada simbol yang ingin anda tambahkan kepada senarai instrumen anda.

Bagaimana untuk membuang pasangan mata wang daripada senarai instrumen di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Sila pergi ke tab "Quotes".

Untuk membuang instrumen, tekan "Edit" di sudut kiri atas untuk membuka tetingkap baru.

Pilih instrumen yang ingin anda buang daripada senarai dan tanda merah akan muncul di sebelah kiri. Untuk mengesahkan pembuangan ini, tekan pada butang 'bin' merah.

Untuk kembali kepada skrin instrumen utama, tekan "Done".

Bagaimana untuk membuka carta di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Sila pergi ke tab "Quotes" dan tekan pada simbol yang ingin anda buka cartanya. Secara automatik ianya akan membawa anda ke carta yang berkaitan.

Bagaimana untuk melihat kedudukan terbuka dan tertunda di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Sila pergi ke tab "Trade" untuk melihat kedudukan terbuka dan tertunda anda.

Bagaimana untuk melihat sejarah akaun saya di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Sila pergi ke tab "History", yang akan menunjukkan sejarah akaun untuk jangka masa yang dipilih.

Bolehkah saya menggunakan aplikasi MT4 untuk beberapa akaun pada peranti iPhone saya?

Anda hanya dapat log masuk ke dalam satu akaun sahaja pada satu masa menggunakan aplikasi. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar antara akaun jika anda mahu melakukannya.

Apa yang berlaku jika saya terputus sambungan internet kepada peranti iPhone semasa menggunakan aplikasi MT4 pada iPhone saya?

Sekiranya anda terputus sambungan internet pada iPhone, anda akan dikeluarkan daripada akaun secara automatik. Walau bagaimanapun, sebarang kedudukan terbuka atau tertunda akan tetap aktif di dalam akaun.

Bolehkah saya menggunakan indikator di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone?

Anda boleh menggunakan indikator yang tersedia pada aplikasi secara tetap.

Untuk melihatnya, pergi ke tab "Chart".

Tekan pada butang "f" di atas carta.

Di tetingkap berikutnya, tekan pada butang "+" di sebelah "Main window" atau "Indicator window" untuk melihat senarai indikator.

Tekan pada indikator yang anda mahukan.

Sesuaikan ciri indikator seperti yang diperlukan, kemudian tekan "Done".

Bolehkah saya menambah indikator khas di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone?

Malangnya, anda hanya dapat menambah indikator pada carta anda daripada senarai tetap kami. Anda tidak dapat menambahkan petunjuk khas anda sendiri.

Bolehkah saya menggunakan Pakar Penasihat (EA) di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone?

Malangnya, anda tidak dapat menggunakan Penasihat Pakar (Expert Advisors) pada aplikasi iPhone.

Bolehkah saya meletakkan trailing stop di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone?

Tidak boleh, anda tidak boleh meletakkan trailing stop menggunakan aplikasi iPhone.

Bagaimana untuk zum masuk/keluar carta di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Anda boleh zum masuk/keluar carta anda dengan memperluaskan skrin menggunakan jari anda atau mencubitnya pada seluruh skrin untuk memperbesarkan kembali.

Apakah jenis pesanan yang boleh saya buat di dalam aplikasi MT4 pada peranti iPhone saya?

Anda boleh membuat pelaksanaan segera dan pesanan-pesanan tertunda di aplikasi iPhone anda.

ANDROID

Bagaimana untuk memuat turun aplikasi MT4 pada peranti Android?

Anda boleh memuat turun aplikasi Meta Trader4 untuk Android yang disediakan oleh Meta Quotes Software Corp dari Google Play.

Bagaimana untuk log masuk ke dalam akaun saya menggunakan aplikasi MT4 pada peranti Android?

Untuk log masuk ke dalam akaun perdagangan ICM Capital anda, sila pilih "Login with existing account":

 

Anda kemudiannya akan diarahkan ke halaman pemilihan pelayan.

Di kotak carian, taip"ICM Capital" untuk memaparkan senarai pelayan ICM Capital yang tersedia.

Dari senarai pelayan yang tersedia, pilih satu yang sesuai dengan akaun anda.

Ini akan membawa anda ke halaman log masuk.

Sila masukkan nombor log masuk akaun MT4 anda, kata laluan utama anda dan pilih "Login".

Setelah berjaya log masuk, anda akan melihat skrin senarai instrumen.

Bagaimana untuk melakukan perdagangan dengan aplikasi MT4 pada peranti Android?

Sila pergi ke tab "Quotes" dan tekan pada instrumen yang ingin anda dagangkan.

Kemudian tekan pada "New Order".

Anda kemudiannya akan diminta untuk menentukan jumlah dan jenis pelaksanaan yang anda inginkan, dan tekan pada "Next".

Kemudian, anda boleh menambahkan henti rugi atau ambil untung jika anda mahu dan memilih "Buy" atau "Sell" yang sesuai.

Bagaimana untuk mengubah suai perdagangan dengan aplikasi MT4 pada peranti Android?

Sila pergi ke tab "Trade".

Tekan pada kedudukan terbuka untuk beberapa ketika.

Tetingkap pop akan timbul. Sila pilih "modify order".

Anda kemudiannya akan diminta untuk memasukkan henti rugi atau butiran ambil untung.

Setelah anda memasukkannya, tekan "Modify".

Bagaimana untuk menutup perdagangan dengan aplikasi MT4 pada peranti Android?

Sila pergi ke tab "Trade".

Tekan kedudukan terbuka untuk beberapa ketika.

Tetingkap pop akan timbul, pilih "close order".

 

Anda kemudiannya akan diminta untuk mengesahkan penutupan perdagangan.

Tekan "Close".

Bagaimana untuk log keluar daripada aplikasi MT4 pada peranti Android?

Semasa anda pertama kali log masuk, Aplikasi akan menanyakan jika anda ingin menyimpan kata laluan, dengan menandakan kotak ini, aplikasi akan mengekalkan kemasukan anda walaupun aplikasi tidak digunakan.

Dengan membuangkan tanda daripada pilihan 'Save Password', secara automatik ianya akan mengeluarkan anda daripada platform apabila aplikasi ditutup. Ini bermaksud setiap kali anda masuk anda akan diminta untuk memasukkan kata laluan anda. Untuk menetapkan tetapan ini kepada akaun yang telah tersimpan pada aplikasi, anda harus membuang akaun daripada Account List anda, dan masukkan semula butiran untuk memastikan pilihan Simpan Kata Laluan tidak ditanda.

 

Bagaimana untuk menambah pasangan matawang ke senarai instrumen di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android saya?

Pergi ke tab "Quotes".

Untuk menambah simbol, tekan "+" di sudut kiri atas untuk membuka skrin di bawah.

Kumpulan instrumen yang ada akan ditunjukkan di sini.

Sila pilih kumpulan yang anda mahu lihat instrumennya.

Tekan pada simbol yang ingin anda tambahkan ke senarai instrumen anda.

Bagaimana untuk membuang pasangan matawang daripada senarai instrumen di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android saya?

Sila pergi ke tab "Quotes".

Kemudian tekan butang penyuntingan

Tekan pada ikon "bin" di sudut kanan atas.

Pilih instrumen yang ingin anda buang dari senarai dan sebuah tanda akan muncul di sebelah kiri. Kemudian sila tekan "Tick symbol" untuk memadam.

Bagaimana untuk membuka carta di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android?

Sila pergi ke tab "Quotes".

Tekan pada instrumen dan tetingkap pop akan timbul.

Pilih "Open Chart" dan carta yang anda minta akan dibuka.

Bagaimana untuk melihat kedudukan terbuka dan tertunda di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android saya?

Sila pergi ke tab "Trade" dan anda dapat melihat semua posisi terbuka di bawah "Positions" dan posisi tertunda di bawah tajuk "orders".

Bagaimana untuk melihat sejarah akaun saya di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android saya?

Sila pergi ke tab "History".

Tekan pada simbol Calendar, tetingkap baru akan muncul.

Kemudian sila pilih jangka masa yang anda mahukan.

Sejarah pesanan kemudian akan muncul.

Bolehkah saya menggunakan aplikasi untuk beberapa akaun di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android saya?

Anda hanya boleh log masuk ke dalam satu akaun pada satu masa saja pada aplikasi. Walau bagaimanapun, anda boleh menukar antara akaun jika anda mahu melakukannya.

Apa yang berlaku sekiranya saya terputus hubungan internet dengan aplikasi MT4 pada peranti Android saya?

Sekiranya anda terputus sambungan internet pada peranti Android anda, anda akan dikeluarkan daripada akaun secara automatik. Walau bagaimanapun, sebarang kedudukan terbuka atau tertunda akan tetap aktif di dalam akaun.

Bolehkah saya menggunakan indikator dengan aplikasi MT4 pada peranti Android?

Anda boleh menggunakan indikator yang tersedia di dalam aplikasi yang telah ditetapkan. Untuk melihatnya, sila pergi ke tab "Chart". Sila tekan simbol 'F' dan senarai indikator akan muncul.

Bolehkah saya menambah indikator khas ke dalam aplikasi Android MT4?

Malangnya, anda hanya dapat menambahkan indikator ke carta anda daripada senarai yang telah ditetapkan. Anda tidak dapat menambahkan petunjuk khas anda sendiri.

Bolehkah saya menggunakan Penasihat Pakar (EA) di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android?

Malangnya, anda tidak dapat menggunakan Penasihat Pakar (Expert Advisors) pada aplikasi Android.

Bolehkah saya meletakkan trailing stop di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android?

Malangnya, anda tidak boleh meletakkan trailing stop menggunakan aplikasi Android.

Bagaimana untuk zum masuk/keluar carta pada aplikasi MT4 pada peranti Android saya?

Anda boleh zum masuk/keluar carta anda dengan memperluaskan skrin menggunakan jari anda atau mencubitnya pada seluruh skrin untuk memperbesarkan kembali.

Apakah jenis pesanan yang boleh saya buat di dalam aplikasi MT4 pada peranti Android saya?

Anda boleh membuat pesanan pasaran dan pesanan tertunda dengan aplikasi MT4 pada peranti Android anda.

A - Pembukaan Akaun

Berapakah jumlah minimum untuk membuka akaun?

ICM Capital menawarkan pelbagai jenis akaun. Jumlah minimum yang diperlukan untuk membuka akaun Live berbeza-beza bergantung pada akaun pilihan anda. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat pada seksyen Jenis Akaun.

Adakah anda mengenakan sebarang bayaran untuk membuka akaun Live?

Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk membuka akaun perdagangan individu.

Bagaimana untuk membuka akaun Live dengan ICM Capital?

Proses membuka akaun Live dengan ICM Capital adalah proses 3 langkah yang mudah dan senang. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat pada seksyen Pembukaan Akaun.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk membuka akaun Live dengan ICM Capital?

Setelah permohonan akaun dalam talian dan dokumen sokongan yang diperlukan dihantar, pasukan pembukaan akaun berdedikasi kami memerlukan beberapa minit hingga beberapa jam untuk memproses permohonan anda dan mengaktifkan akaun anda, hanya jika semua maklumat dan dokumentasi yang diperlukan adalah betul.

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuka akaun Live?

- Bukti identiti: Bukti identiti yang dikeluarkan oleh kerajaan yang sah.
- Bukti alamat: Bukti alamat rumah terkini.

Dokumen apa yang diterima sebagai Bukti Identiti?

Bukti Identiti mestilah Bukti Identiti yang dikeluarkan oleh kerajaan yang sah, contohnya Pasport, ID Nasional, Kad, Lesen Memandu, atau dokumen sah lain yang dikeluarkan oleh kerajaan yang menunjukkan Nama Penuh, Tarikh Lahir, Foto, dan Status Sah (Tarikh Luput dan/atau Tarikh Terbitan + Tempoh Sah).

Dokumen apa yang diterima sebagai Bukti Alamat?

Bukti Alamat mestilah bukti alamat rumah terkini; Contohnya Penyata Bank, Bil Utiliti, Bil Telefon, atau dokumen rasmi terkini yang menunjukkan Nama Penuh, Alamat Rumah dan Tarikh Dikeluarkan tidak boleh melebihi 3 bulan.

Bagaimana saya boleh menghantar dokumen saya kepada ICM Capital?

Setelah melengkapkan borang permohonan dalam talian dan sebelum menghantar, anda boleh memuat naik dokumen sokongan anda. Sebagai alternatif anda boleh menghantar dokumen ke my.support@icm.com

Perlukah dokumen sokongan saya dalam Bahasa Inggeris?

Ahli pasukan multinasional ICM Capital dapat menterjemahkan dokumen dari kebanyakan bahasa. Sekiranya penterjemah untuk bahasa anda tidak tersedia, anda mungkin diminta untuk memberikan salinan terjemahan.

Bilakah saya boleh mula berdagang?

Setelah permohonan akaun dan dokumen sokongan anda disemak dan diluluskan oleh jabatan kami yang berkaitan, anda boleh membiayai akaun anda dan mula berdagang.

B - Deposit dan Pengeluaran

Bagaimana untuk saya memasukkan dana ke dalam akaun dagangan saya?

ICM Capital menawarkan pelbagai kaedah deposit yang cepat dan mudah. Sila log masuk ke dalam akaun "ICM Access" dan klik "Deposit", kemudian pilih kaedah yang paling mudah dan berkesan untuk anda memasukkan dana ke dalam akaun anda. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi bahagian sokongan pelanggan kami di my.support@icm.com atau hubungi kami di +44 207 634 9779.

Bolehkah saya memasukkan dana ke dalam akaun saya menggunakan kaedah lain selain daripada kaedah di laman web anda?

Walaupun kaedah pembiayaan kami telah dipilih untuk merangkumi pelbagai kaedah yang cepat, mudah dan boleh dipercayai, sebarang cadangan sila maklumkan kepada kami mengenai kaedah pilihan anda dengan menghubungi bahagian sokongan pelanggan kami di my.support@icm.com atau hubungi kami di +44 207 634 9779.

 

Adakah anda menerima deposit daripada pihak ketiga?

Kami tidak dapat menerima pembayaran daripada pihak ketiga kerana ini melanggar dasar Anti Penyalahgunaan Wang. Sebarang simpanan pihak ketiga akan ditolak dan dikembalikan ke sumber yang asal.

Adakah anda menerima deposit tunai?

Oleh kerana pengawalan penyalahgunaan wang, kami tidak dapat menerima deposit tunai.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk dana dimasukkan ke dalam akaun perdagangan saya?

Dana akan dimasukkan ke dalam akaun perdagangan anda dalam masa 1 hari bekerja setelah dana tersebut masuk ke dalam akaun ICM Capital.

Apakah caj bagi pemindahan wang melalui bank antarabangsa?

Sebilangan pemindahan wang melalui bank antarabangsa akan dikenakan bayaran oleh bank anda atau bank kami. Sebarang caj akan ditolak daripada jumlah yang anda pindahkan dan oleh itu kami hanya akan mengkreditkan akaun anda dengan dana yang kami terima. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang caj bank.

Berapakah caj deposit kad kredit?

ICM Capital akan menanggung segala kos untuk pelanggan yang melakukan deposit melalui kad kredit.

Bagaimana untuk mengeluarkan dana daripada akaun dagangan saya dengan ICM Capital?

Proses pengeluarannya sangat mudah; anda boleh memohon untuk mengeluarkan dana secara dalam talian melalui "ICM Access".

Berapa lamakah masa yang diambil untuk pengeluaran dana?

Permintaan pengeluaran dana akan diproses pada akaun perdagangan anda dalam masa 24 jam bekerja daripada penerimaan resit permohonan; namun, penerimaan dana sebenar mungkin berbeza bergantung kepada kaedah pengeluaran.

Bolehkah saya mengeluarkan lebih banyak dana daripada yang saya depositkan melalui kad kredit/debit?

Jumlah pengeluaran kad kredit/debit terhad kepada jumlah yang dimasukkan pada awalnya menggunakan kad tersebut.

A - Pembukaan Akaun

Berapakah jumlah minimum untuk membuka akaun?

ICM Capital menawarkan pelbagai jenis akaun. Jumlah minimum yang diperlukan untuk membuka akaun Live berbeza-beza bergantung pada akaun pilihan anda. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat pada seksyen Jenis Akaun.

Adakah anda mengenakan sebarang bayaran untuk membuka akaun Live?

Kami tidak mengenakan sebarang bayaran untuk membuka akaun perdagangan individu.

Bagaimana untuk membuka akaun Live dengan ICM Capital?

Proses membuka akaun Live dengan ICM Capital adalah proses 3 langkah yang mudah dan senang. Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat pada seksyen Pembukaan Akaun.

Berapa lama masa yang diperlukan untuk membuka akaun Live dengan ICM Capital?

Setelah permohonan akaun dalam talian dan dokumen sokongan yang diperlukan dihantar, pasukan pembukaan akaun berdedikasi kami memerlukan beberapa minit hingga beberapa jam untuk memproses permohonan anda dan mengaktifkan akaun anda, hanya jika semua maklumat dan dokumentasi yang diperlukan adalah betul.

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan ketika membuka akaun Live?

- Bukti identiti: Bukti identiti yang dikeluarkan oleh kerajaan yang sah.
- Bukti alamat: Bukti alamat rumah terkini.

Dokumen apa yang diterima sebagai Bukti Identiti?

Bukti Identiti mestilah Bukti Identiti yang dikeluarkan oleh kerajaan yang sah, contohnya Pasport, ID Nasional, Kad, Lesen Memandu, atau dokumen sah lain yang dikeluarkan oleh kerajaan yang menunjukkan Nama Penuh, Tarikh Lahir, Foto, dan Status Sah (Tarikh Luput dan/atau Tarikh Terbitan + Tempoh Sah).

Dokumen apa yang diterima sebagai Bukti Alamat?

Bukti Alamat mestilah bukti alamat rumah terkini; Contohnya Penyata Bank, Bil Utiliti, Bil Telefon, atau dokumen rasmi terkini yang menunjukkan Nama Penuh, Alamat Rumah dan Tarikh Dikeluarkan tidak boleh melebihi 3 bulan.

Bagaimana saya boleh menghantar dokumen saya kepada ICM Capital?

Setelah melengkapkan borang permohonan dalam talian dan sebelum menghantar, anda boleh memuat naik dokumen sokongan anda. Sebagai alternatif anda boleh menghantar dokumen ke my.support@icm.com

Perlukah dokumen sokongan saya dalam Bahasa Inggeris?

Ahli pasukan multinasional ICM Capital dapat menterjemahkan dokumen dari kebanyakan bahasa. Sekiranya penterjemah untuk bahasa anda tidak tersedia, anda mungkin diminta untuk memberikan salinan terjemahan.

Bilakah saya boleh mula berdagang?

Setelah permohonan akaun dan dokumen sokongan anda disemak dan diluluskan oleh jabatan kami yang berkaitan, anda boleh membiayai akaun anda dan mula berdagang.

B - Deposit dan Pengeluaran

Bagaimana untuk saya memasukkan dana ke dalam akaun dagangan saya?

ICM Capital menawarkan pelbagai kaedah deposit yang cepat dan mudah. Sila log masuk ke dalam akaun "ICM Access" dan klik "Deposit", kemudian pilih kaedah yang paling mudah dan berkesan untuk anda memasukkan dana ke dalam akaun anda. Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi bahagian sokongan pelanggan kami di my.support@icm.com atau hubungi kami di +44 207 634 9779.

Bolehkah saya memasukkan dana ke dalam akaun saya menggunakan kaedah lain selain daripada kaedah di laman web anda?

Walaupun kaedah pembiayaan kami telah dipilih untuk merangkumi pelbagai kaedah yang cepat, mudah dan boleh dipercayai, sebarang cadangan sila maklumkan kepada kami mengenai kaedah pilihan anda dengan menghubungi bahagian sokongan pelanggan kami di my.support@icm.com atau hubungi kami di +44 207 634 9779.

Adakah anda menerima deposit daripada pihak ketiga?

Kami tidak dapat menerima pembayaran daripada pihak ketiga kerana ini melanggar dasar Anti Penyalahgunaan Wang. Sebarang simpanan pihak ketiga akan ditolak dan dikembalikan ke sumber yang asal.

Adakah anda menerima deposit tunai?

Oleh kerana pengawalan penyalahgunaan wang, kami tidak dapat menerima deposit tunai.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk dana dimasukkan ke dalam akaun perdagangan saya?

Dana akan dimasukkan ke dalam akaun perdagangan anda dalam masa 1 hari bekerja setelah dana tersebut masuk ke dalam akaun ICM Capital.

Apakah caj bagi pemindahan wang melalui bank antarabangsa?

Sebilangan pemindahan wang melalui bank antarabangsa akan dikenakan bayaran oleh bank anda atau bank kami. Sebarang caj akan ditolak daripada jumlah yang anda pindahkan dan oleh itu kami hanya akan mengkreditkan akaun anda dengan dana yang kami terima. Kami tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang caj bank.

Berapakah caj deposit kad kredit?

ICM Capital akan menanggung segala kos untuk pelanggan yang melakukan deposit melalui kad kredit.

Bagaimana untuk mengeluarkan dana daripada akaun dagangan saya dengan ICM Capital?

Proses pengeluarannya sangat mudah; anda boleh memohon untuk mengeluarkan dana secara dalam talian melalui "ICM Access".

Berapa lamakah masa yang diambil untuk pengeluaran dana?

Permintaan pengeluaran dana akan diproses pada akaun perdagangan anda dalam masa 24 jam bekerja daripada penerimaan resit permohonan; namun, penerimaan dana sebenar mungkin berbeza bergantung kepada kaedah pengeluaran.

Bolehkah saya mengeluarkan lebih banyak dana daripada yang saya depositkan melalui kad kredit/debit?

Jumlah pengeluaran kad kredit/debit terhad kepada jumlah yang dimasukkan pada awalnya menggunakan kad tersebut.

    CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
    Baca selanjutnya
    E-mel Hubungi Chat Whatsapp