Ciri-ciri Eksklusif dan Akses Global yang Mudah kepada Ruang Rehat Lapangan Terbang dan Keuntungan Perdagangan
London, UK – Isnin, 18 Januari 2021: ICM.com, sebuah penyedia perkhidmatan kewangan global berperaturan yang berpusat di UK, mengumumkan pengeluaran kad prabayar baru dengan kerjasama MasterCard®.
MasterCard® ICM.com boleh diterima di seluruh dunia di semua terminal tempat jualan, ATM dan urus niaga dalam talian. Kad prabayar pelbagai fungsi ini dilengkapi dengan aplikasi mudah alih MasterCard® ICM.com. Aplikasi Mudah Alih dicipta untuk menawarkan perkhidmatan yang cepat, mudah dan berguna yang meliputi kawalan dan pengurusan kad, pelbagai kaedah pembayaran bil, akses kepada sejarah transaksi dan pelbagai ciri yang lain.
Kad prabayar ICM.com dihubungkan dengan Akaun Dagangan Live ICM, yang membolehkan pelanggan ICM.com menyimpan dan mengeluarkan wang daripada akaun perdagangan mereka mengikut keselesaan mereka.
Kad prabayar MasterCard® ICM yang baru ini boleh didapati dalam dua jenis: ICM Silver dan ICM Black.
ICM Silver membolehkan transaksi global dalam pelbagai mata wang serta menyediakan pengaktifan/nyahaktifkan kad, baki dan pertanyaan berkenaan transaksi dengan cepat dan akses ke pelbagai perkhidmatan pembayaran.
ICM Black, sebagai kad premium di antara keduanya, menawarkan semua kelebihan ICM Silver dengan ciri tambahan:
"Dengan bekerjasama MasterCard®, ICM.com dapat menawarkan produk yang memenuhi permintaan yang meningkat untuk kad prabayar yang mesra perjalanan. Dengan ICM Silver dan ICM Black, pelanggan dapat memanfaatkan kelebihan utama transaksi global yang selamat sambil menikmati banyak faedah percuma. Terhubung dengan akaun perdagangan, ICM MasterCard® menyediakan pemindahan wang yang lancar yang memastikan perjalanan yang lebih mudah," kata Shoaib Abedi, CEO dan Pengasas ICM.com.