London, UK – Rabu, 3 Februari 2021 – ICM.com, penyedia perkhidmatan kewangan global berperaturan yang berpusat di UK, telah mengambil inisiatif untuk mengucapkan terima kasih kepada para pemimpin Dubai dengan menyatakan penghargaan di atas pencapaian dan dasar yang berwawasan serta kebijaksanaan mereka dalam masa yang sukar dilanda pandemik ini. Penghargaan tersebut diterbitkan di dalam akhbar nasional Gulf News, salah satu surat khabar Inggeris harian yang paling penting di UAE.
ICM.com ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada HH Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Timbalan Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE), pemerintah Emiriah Dubai, serta HH Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Emiriah Dubai, di atas sokongan berterusan mereka kepada warganegara, penduduk dan pelawat UAE untuk mengatasi keadaan luar biasa yang sedang kita hadapi. Kami berasa gembira menjadi sebahagian daripada komuniti UAE selama lebih daripada 11 tahun. Gulf News (3 Februari 2021), hlm. 3.