Gambar Pelbagai Acara Oleh ICM.com

ICM Memperluaskan Tawaran Produk Melebihi 5000 Instrumen

London, UK – Selasa, 13 Julai 2021: ICM.com, penyedia perkhidmatan kewangan global berperaturan yang berpusat di UK, hari ini mengumumkan pengembangan tawaran produknya, dengan menambahkan lebih daripada 700 CFD Saham A.S. di Platform MT5 yang terkenal di dunia.

ICM.com sentiasa berusaha untuk menawarkan pelanggannya akses ke kelas aset yang berbeza untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka. Pada masa ini, broker tersebut memberikan pelanggannya akses kepada lebih daripada 5000 instrumen kewangan yang merangkumi spot forex, logam, indeks tunai, niaga hadapan tenaga dan banyak lagi. 

Pasaran saham A.S. memberi peluang kepada pelabur untuk memperdagangkan syarikat terbaik seperti Apple Inc., Microsoft Corp, Amazon.com Inc., Facebook Inc., Alphabet Inc., Paypal holding, Slack Technologies, CME Group. Semua syarikat tersenarai dan banyak lagi kini tersedia sebagai CFD untuk diperdagangkan kepada pelanggan ICM.com. 

Dalam dunia yang sentiasa bergerak pantas, para pelabur bertekad untuk mencari peluang pelaburan tambahan untuk mengembangkan portfolio mereka. Berdagang CFD dengan ICM.com terdapat beberapa kelebihan, termasuk akses kepada aset pendasar dengan kos yang lebih rendah, penggunaan modal yang cekap dan potensi keuntungan dalam turun/naik pasaran.

Shoaib Abedi, pengarah dan pengasas ICM.com berkata: “Kami sentiasa berhasrat untuk berkembang sebagai organisasi global dan berkhidmat kepada pelanggan kami mengikut kesesuaian dengan keperluan mereka. Perluasan portfolio kami adalah langkah logik ke arah mewujudkan persekitaran perdagangan yang optimum untuk pelanggan kami."

Pada bulan Februari 2021 yang lalu, ICM juga telah mengumumkan pelancaran platform produk dan perdagangan barunya, ICM Securities yang memberikan akses ke beberapa pasaran saham di seluruh dunia, yang membolehkan para pedagang melabur dalam pelbagai syarikat di Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara Arab serta memperoleh hak pemegang saham, seperti memperoleh dividen.

    CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
    Baca selanjutnya
    E-mel Hubungi Chat Whatsapp