London, UK – Isnin, 1 Mac 2021: ICM.com, sebuah firma perdagangan dalam talian antarabangsa yang beribu pejabat di UK, telah mengumumkan bahawa pelanggan kini boleh memperdagangkan mata wang kripto melalui kontrak perbezaan (CFD). Syarikat ini menawarkan 7 jenis mata wang kripto untuk diperdagangkan, termasuk Bitcoin, Etherium, dan Litecoin yang tersedia untuk diperdagangkan di platformnya yang mudah diakses, MetaTrader4, sama ada anda menggunakan telefon bimbit, tablet, atau komputer.
Mata wang kripto telah mendapat perhatian yang besar sejak kebelakangan ini pada bulan Mac, disebabkan oleh banyak faktor ekonomi yang terjadi sejak wabak COVID-19. Semasa mula-mula dilancarkan, Bitcoin hampir tidak bernilai tetapi beberapa hari yang lalu, ia melonjak kepada nilai rekod iaitu 58,355 USD per Bitcoin, menarik perhatian banyak institusi. Walaupun mata wang kripto terkenal dengan turun naiknya yang membimbangkan banyak pihak, namun ramai yang menganggap bahawa turun naik tersebut mencipta peluang yang lumayan.
Platform perdagangan ICM menyediakan akses kepada pelaksanaan latensi rendah, spread rendah, komisen sifar, serta pelbagai petunjuk dan alatan percuma. Pelanggan boleh memperdagangkan CFD mata wang kripto menggunakan akaun ICM Direct atau akaun ICM Zero dengan caj komisen sifar dan syarat margin 50%, membolehkan perdagangan dengan leverage maksimum yang dibenarkan iaitu 1: 2.
Shoaib Abedi, CEO, juga Pengasas ICM.com, menekankan lebih lanjut:
“Keutamaan nombor satu ICM.com ialah untuk sentiasa mengekalkan kualiti sokongan pelanggan yang tinggi dan syarat perdagangan yang terbaik untuk semua pelanggan kami. Dalam keadaan semasa, menambahkan mata wang kripto adalah keputusan yang logik untuk mengembangkan dan meningkatkan perkhidmatan kami."