Gambar Pelbagai Acara Oleh ICM.com

ICM Diumumkan sebagai Rakan Kongsi Rasmi Pasukan SailGP Perancis untuk 2023

London, UK - Khamis, 12 Januari 2023 - ICM.com, penyedia perkhidmatan kewangan global, dengan rasminya menjalinkan kerjasama strategik bersama Pasukan SailGP Perancis pada tahun 2023. Kerjasama ini bertujuan untuk memanfaatkan kedua-dua rakan kongsi dalam aktiviti perniagaan masing-masing.

Sepanjang dekad yang lalu, ICM.com secara konsisten telah memilih untuk bekerjasama dengan pelbagai sukan global terkemuka untuk meningkatkan jangkauan pemasaran syarikat ke seluruh lima benua. Melihat kepada sejarah, logo ICM.com telah dipaparkan di padang bola sepak Liga Perdana (EPL) dan kit pasukan, kejohanan Polo antarabangsa serta kereta Formula 1 dan banyak lagi.

Hanya beberapa hari sebelum Grand Prix Layar (SailGP) yang pertama untuk tahun 2023 di Singapura pada 14-15 Januari, ICM.com dengan bangganya mengumumkan bahawa perjanjian kerjasama telah ditandatangani dan secara rasminya menjadi rakan rasmi Pasukan SailGP Perancis yang diketuai oleh Quentin Delapierre pada Januari 2023, yang mana kerjasama ini akan terjalin selama tiga tahun.

SailGP merupakan pertandingan pelayaran antarabangsa luar biasa yang menampilkan katamaran F50 berprestasi tinggi. Pasukan-pasukan yang bertanding akan bersaing dalam pelbagai acara grand prix di seluruh dunia pada musim ini, termasuk Chicago, Taranto, Cadiz, Sydney, Auckland, Bermuda dan Singapura pada musim 2022-2023. Musim pertama SailGP pada 2019 menarik lebih satu juta penonton secara fizikal serta berjuta-juta penonton dalam talian, menjadikannya salah satu acara pelayaran yang paling banyak ditonton di dunia. Semasa Pasukan SailGP Perancis bersaing dengan sengit untuk merebut kejuaraan, peminat akan dapat melihat jenama ICM.com pada bot F50 pasukan itu, Pangkalan Pasukan dan Pakaian. Dengan itu, pihak ICM.com sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada perlumbaan yang hebat dan berprestij ini menyertai barisan jenama antarabangsa seperti Rolex, Oracle dan banyak lagi.

Shoaib Abedi, Pengasas dan CEO ICM.com mengulas mengenai kerjasama yang baru ditandatangani, “Kami sangat gembira untuk memulakan tahun baharu 2023 dengan kerjasama kami dalam dunia pelayaran melalui perlumbaan SailGP. Kami berasa teruja untuk menyokong pasukan Perancis, salah satu pasukan terkuat dalam rekod, yang mana kami turut gembira melihat ICM.com di antara jenama-jenama teratas dunia. SailGP mempunyai banyak sudut menarik yang kami tidak sabar untuk kongsikan sepanjang kerjasama ini."

Bruno Dubois, CEO dan Pengurus Pasukan Pasukan SailGP Perancis berkata: "SailGP adalah acara pelayaran dengan pengalaman terbaik yang boleh anda temui di dunia. Oleh itu, kami perlu bekerjasama dengan syarikat yang mempunyai matlamat yang sama dengan kami dari segi kepantasan dan kecemerlangan. Inilah sebabnya kami amat teruja dengan kerjasama bersama ICM.com. Saya menantikan beberapa bulan yang akan datang untuk melihat bagaimana kami boleh beraksi dan berlayar bersama lebih jauh."

    CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
    Baca selanjutnya
    E-mel Hubungi Chat Whatsapp