Gambar Pelbagai Acara Oleh ICM.com

COVID-19 Menunda Chestertons Polo Tajaan ICM ke 2021

13 Julai 2020 

London, UK – Isnin, 13 Julai 2020: – Dijadualkan semula dalam kalendar penajaan ICM, Chestertons Polo in the Park 2020 telah ditunda ke tahun hadapan disebabkan wabak yang melanda dunia saat ini. Acara Polo British pada awalnya dijadualkan pada bulan Jun tahun ini, tetapi dengan mempertimbangkan krisis kesihatan global yang semakin merosot, pihak penganjur telah memutuskan untuk menangguhkan acara tersebut dengan mengambil kira keselamatan para pemain dan pengunjung.

Berkenaan dengan kerjasama sebelumnya bersama British Polo, ICM berdedikasi atas komitmennya untuk menaja acara itu untuk tahun ke-5 berturut-turut. Mengenai kepentingan penajaan ini, Shoaib Abedi, CEO dan Pengasas ICM, menyatakan bahawa:

“Chestertons Polo adalah acara berprestij dalam kalendar Polo British dan kami berbangga menjadi penaja pasukan Polo British; namun, sayangnya, kerana krisis COVID-19, acara tersebut harus ditunda ke waktu yang lain sebagai langkah pencegahan. Walaupun begitu, kami akan terus menaja acara tersebut pada waktu yang dijadualkan tahun hadapan.”

Rory Heron, Pengarah Urusan dan Pengasas Sportgate, penganjur acara Chestertons Polo in the Park 2019, menambah lagi:

“Kami menghargai kerjasama kami yang lama dengan ICM dan gembira mendapat sokongan mereka yang tidak putus-putus dalam masa-masa sukar ini. Kami berharap dapat menganjurkan acara ini seawal mungkin.”

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Chestertons Polo in the Park, lawati pautan berikut: https://www.polointheparklondon.com/polo-friday/

    CFDs and Spot FX are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage. 71.31% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider. You should consider whether you understand how CFDs and Spot FX work, and whether you can afford to take the high risk of losing your money. Baca selanjutnya
    Baca selanjutnya
    E-mel Hubungi Chat Whatsapp